lelaki dan perempuan ternyata berbeza..ungkapan Al-Ghazali menyatakan'lelaki itu mempunya sembilan akal dan satu nafsu,tetapi perempuan mempunyai sembilan nafsu dan satu akal'..namun,setelah meneliti kata2 John Gray dalam bukunya,men are from mars,women from venus,ungkapan yg mungkin lebih sesuai adalah'lelaki mempunya sembilan logik dan satu emosi manakala perempuan mempunya sembilan emosi dan 1 logic.. itu lebih baik kan.. dan kerana itu lah,lelaki dan perempaun harus saling mengerti,faham secara emphaty dan cuba meletak kan diri di pihak pasangan..
untuk sang lelaki..
apabila seorang perempuan mengadu,berleter tentang sesuatu,amat perlu untuk seorang lelaki faham,bahawa perbuatan itu bukanlah bertujuan untuk meminta pandangan dan idea kearah penyelesaian.. mungkin sesekali,ya.. perempaun memerlukan pandangan tetapi lazimnya tidak..perempuan sering begitu kerana mahukan perhatian.mahukan layanan emosi dankeprihatinan kita.. jangan salahkan perempuan tentang itu kerana memang itu lumrah dan naluri wanita yg inginkn perhatian.. ini buln kekurangan tetapi kelebihan seorang wanita yg memiliki kelembutan dan kasih sayang yg tinggi dalam diri mereka.sama ada si perempuan itu seorang suri rumah,kerani,cikgu,doktor atau jurutera,nalurinya adalah naluri wanita dan mungkin kurang berminat dengan rasional dan justifikasi.
untuk sang wanita..
fahamilah jua bahawa lelaki berfikir dengan cara yang berbeza,keputusannya banyak oleh pertimbangan akal.sesuai dengan bahu dan tangan nya yang berat memikul tanggungjawab.apabila lelaki bertanya,dia mahukan pandangan.dia mudah rimas jika ruang berbincang diisi dengan esakan dan tangisan dan bukannya buah fikiran.lelaki mencari penyelesaian bukan sekadar perhatian dan perasaan..
sebab itulah,setelah berkahwin,perempuan lebih menumpukan perhatian kpd keluarga berbanding persahabatan yg dijalin erat sebelum mendirikan rumah tangga..tumpuan dan attachment mereka sangat tertumpu kepada suami dan anak2.namun bagi si suami,kehidupan banyak dipengaruhi oleh rasional dan sebab itulah si suami perlu kepada rakan2 untuk berbincang.janganlah si isteri salah faham.bkn bermakna suami membelakangkan isteri sendiri dan lebih percaya kepada orang luar tentang sesuatu perkara.bukan begitu.suami pergi berjumpa dengan rakan karibnya dengan motif rasional,mencari panduan dan penyelesaian.
0 comments:
Post a Comment