BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 19, 2009

permulaan konflik palestin vs israel....

Tahun 1829- Perancangan dari pemimpin Yahudi di England, Itali, Romania, Maghrib, Rusia, untuk berkerja sama melaksanakan projek menjadikan Palestin sebagai tempat tinggal Yahudi.
Tahun 1881- Bila timbulnya masalah orang2 yahudi di Rusia, hampir 2.5 juta yg berpindah ke Daulah Uthmaniah. Diantaranya 155 ribu yg berpindah ke Palestin.Tahun 1896- Muncul seorang tokoh yahudi bernama Theodor Herzl yang berasal dari Hungary. Dia yang mengasaskan Ikatan Penjajahan Yahudi di Palestin dan telah menerbitkan buku yg bertajuk “Negara Yahudi”.

Tahun 1897- Theodor Hezrl telah menawarkan ganjaran yg lumayan kepada Sultan Abdul Hamid supaya beliau memberi kebenaran pada orang2 yahudi berpindah ke Negara Palestin. Dengan tegas beliau menjawab:“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melepaskan sejengkal tanah pun dari bumi Palestin kerana ia bukan milik ku tetapi milik bangsaku.”1909- Sultan Abdul Hamid (gambar) dipecat dari jawatannya. Beliau berkata: “Sesungguhnya sebab pemecatanku adalah disebabkan pendirianku yang menegah orang yahudi untuk menubuhkan Negara di bumi quds.”

1917- Menteri luar british Balfour telah menjanjikan kepada kesatuan yahudi sedunia untuk mendirikan Negara untuk bangsa yahudi di palestin. Janji ini diberikan sebelum british menjajah palestin. Tentera british telah menjajah palestin pada hujung tahun yang sama.

1919- Persidangan di paris diantara kuasa besar ketika itu, british dan pemimpin arab yang meletakkan palestin di bawah jagaan dan seliaan antarabangsa bukannya negara2 arab.

1920- Pada tahun ini telah diadakan pemborantakan menentang orang british dan yahudi yang dinamakan “pemberontakan 20”. Ini kerana provokasi orang2 yahudi yang mengatakan palestin adalah milik mereka. Akhirnya 5 yahudi di bunuh dan 4 orang arab dibunuh dan ramai yang cedera di kedua belah pihak.Pada tahun ini juga telah bertukar dari pemerintahan tentera kepada pemerintahan sivil. “Samuel Herbert”seorang warga british berbangsa yahudi telah dilantik menjadi pesuruh jaya tinggi palestin. Tanpa berlengah pesuruhjaya yahudi ini melaksanakan projek yahudi di palestin.Samuel telah membenarkan orang2 yahudi untuk membeli tanah di palestin dan telah membenarkan orang2 yahudi berpindah ke palestin dengan purata 16500 setahun.Pada tahun ini al-Haj Amin alHusaini telah dilantik menjadi mufti Quds.

1922 – Telah di keluar “kitab putih” yang menjadi perlembagaan di palestin. Diantara fasa yg penting dalam kitab tersebut ialah british diberi mandat untuk memerintah palestin dan perisytiharan balfour untuk menjadikan palestin sebagai penempatan yahudi. Kedua2 ini tidak boleh diubah dan diperbincangkan.Pada tahun ini jumlah penduduk palestin adalah 757 ribu. 78% orang arab, yahudi 11% dan kristian 10%.1925- Menteri luar Britain telah merasmikan “Liga Ibrani” yang menimbulkan kemarahan orang palestin. Semua orang palestin telah mogok kerana wujudnya liga yahudi ini di palestin.Syeikh Izzuddin Qassam telah menyatakan hanya cara jihad sahaja untuk menyelesaikan masalah dengan yahudi dan orang british ini. Beliau telah menubuhkan “Harakah Jihad Islam” dgn slogan “Ini adalah jihad kemenangan atau syahid”

1929- Orang2 yahudi berani menyerang masjid al-Aqsa dan menguasai bahagian barat di dinding “buraq”. Mereka menyatakan bahawa dinding itu adalah mereka kerana ia kawasan suci bagi mereka.Maka berlakulah pemberontakan di seluruh palestin yang menyaksikan 139 orang yahudi di bunuh. Orang british melawan semula dgn membunuh 116 orang arab. Orang kuat yg menggerakkan pemberontakan ini adalah Syeikh Amin Husaini.

1931- Persidangan Islam telah diadakan dibawah pimpinan Syeikh Amin Husaini. Diantara nama2 besar yang hadir adalah syeikh Rashid Redo dan Penyair India Muhammad Iqbal. Resolusi dari persidangan ini adalah dinding “buraq’ adalah hak orang2 Islam sahaja dan yahudi tidak berhak langsung.

1935- Syeikh Izzudin Qassam telah merancang dengan rapi untuk melakukan revolusi bersenjata bagi mengalahkan British dan yahudi di palestin. Namun oleh kerana sebab kesilapan salah satu anggotanya yg membunuh pegawai tentera Yahudi sebelum bermulanya revolusi menyebabkan penguasa british mengetahui perancangan ini. Akhirnya Syeikh Izzuddin Qassam gugur Syahid setelah mana beliau enggan menyerah diri.

1936- Mogok secara besar2an telah dilakukan selama enam bulan kerana menentang penghijrahan orang2 yahudi ke palestin. Syeikh Amin Husaini telah menyatukan kumpulan2 di palestin di bawah satu panji. Mereka telah menuntut 3 perkara:1. Pemberhentian hijrah orang2 yahudi ke palestin.2. Menegah pemindahan milik tanah orang arab kepada yahudi.3. menubuhkan kerajaat palestin yang berdaulat.Syeikh Farhan as-Sa’di teman rapat kepada syeikh Izzudin Qassam telah menghidupkan kembali pasukan tentera Izuddin Qassam (yg asal namanya harakah jihad Islam). Mereka telah berjaya membunuh 3 orang yahudi.Akhirnya beliau mati dihukum gantung oleh pihak penguasa dalam keadaan puasa dan beliau berumur 80 tahun.

1937 – Pihak Panitia Diraja British telah mengumumkan pembahagian palestin kepada dua Negara. Diadakan persidangan arab yg dihadiri 450 delegasi arab. Mereka telah sebulat suara menolak pembahgian palestin, menghentikan penghijrahan orang arab dan menolak penguasaan british kepada palestin. Namun resolusi ini tidak dipandang oleh pihak british.Brieged Qassam sekali lagi mengiklan jihad. Mereka telah membunuh Jeneral Androz dan telah menggerakkan paluan jihad dibawah pimpinan Abdul Qadir Husaini

1938- Pihak British telah menambah kekuatan tenteranya di palestin untuk menghadapi pemberontakan palestin yang semakin hebat. Orang Yahudi yang memulai mengebom penduduk awam di tengah pasar. Kemudian dibalas orang arab untuk membunuh orang yahudi.Berlakulah pertempuran diantara tentera british dibantu oleh yahudi dan orang2 arab palestin. Lebih 10ribu orang yang terbunuh dan cedera dikalangan orang british. Begitu juga dengan orang yahudi. Orang Arab yg syahid lebih 12 ribu orang. Kemudian tentera yahudi berjumlah 42,000 tentera, 20,000 polis, 18,000 pengawal dan 60,000 yahudi telah melakukan operasi pembersihan di palestin. Mereka telah menangkap 50,000 orang dan memusnahkan 5,000 rumah.

1939- Pemberontakan terus menyala sehingga ia tidak mampu dikawal oleh penguasa british. Akhirnya pihak british membatalkan projek membahagikan palestin kepada dua dan membatalkan perisytiharan balfour. Mereka mahu menubuhkan kerajaan palestin berdaulah dalam masa sepuluh tahun dibawah kepimpinan orang2 palestin.Perkara ini ditentang hebat oleh orang-orang yahudi. Pihak british menerangkan kepada mereka bahwa ini cara untuk menenangkan pemberontakan orang arab palestin.Pada ketika ini juga berlaku perperangan dunia ke dua diantara Jerman dan negara2 eropah. Lebih dari 25 juta orang yang mati.

1942- Parti republican dan demokratik di Amerika telah menyokong penuh kepada yahudi utk mewujudkan Negara di palestin. Amerika telah meminta kepada british supaya membatalkan perjanjian dengan orang arab untuk membatalkan pembahgian palestin kepada dua.Oleh kerana Britain perlu kepada pertolongan amerika untuk menghadapi peperengan yang sengit , mereka telah membatalkan perjanjian mereka dengan orang arab dan membenarkan orang2 yahudi berhijrah ke palestin. Seramai 90 ribu orang yahudi yang berpindah ke palestin semasa peperangan tersebut.Pada ketika ini orang2 yahudi merancang untuk menghalau british keluar dari palestin. Mereka telah membunuh pegawai british dan memusnahkan pejabat2 british. Seorang pemimpin yahudi ben gurion telah menyatakan:“Bumi mu wahai Israel adalah dari furat (Iraq) sehingga Nil (mesir).”Dia telah meminta supaya pemuda2 yahudi di seluruh dunia untuk membantu mewujudkan Negara ini.

1944- Britain merasakan sudah habis kepentingan mereka di palestin dan yahudi sudah mampu untuk menubuhkan Negara mereka sendiri. Parti buruh di Britain telah mengeluarkan keputusan untuk menggalakkan orang2 palestin meninggalkan palestin dan memberi ganjaran berbentuk keewangan kepada yg berpindah. Parti republican dan demokratik di amerika juga menyeru dalam pilihanraya untuk menyokong orang2 yahudi menubuhkan Negara mereka sendiri di palestin.Pertama kali bendera Israel dinaikkan pada bulan 10. Pada bulan berikutnya menteri Britain lord morain telah dibunuh oleh yahudi semasa dia menziarahi kaherah. Ini untuk menambahkan tekanan kepada brtish untuk meninggalkan palestin.

1945- Berakhirnya peperangan dunia ke2 dgn kekalahan jerman. Ben gurion telah berkumpul dgn pemimpin2 yahudi di amerika. Dia memperolehi janji dari mereka untk membeli senjata untk yahudi. Sejumlah besar wang amerika deserapkan kpd yahudi di palestin.Presiden Amerika Troman telah meminta kepada perdana menteri british supaya membenarkan penghijrahan 100 ribu orang yahudi ke palestin. Permintaan ini diterima. Pihak Britain telah menyatakan secara rasmi membatalkan perjanjian mereka dgn arab dan meneruskan perisytiharan balfour.

1947- Bangsa-bangsa bersatu telah mengeluarkan resolusinya bernombor 181 di new york iaitu pembahagian palestin kepada dua Negara. Ini disokong dua pertiga delegasi disamping sokongan yg kuat dari amerika dan rusia. Telah dilukis peta pembahagian yang mana yahudi mendapat 54 % dan orang arab mendapat 46 %. Peratus penduduk yahudi ketika itu adalah 32 % dan orang arab 68 %. Ketika itu orang2 palestin memiliki 93.5 % dari tanah palestin. Keputusan ini sangat2 menzalimi orang2 palestin Berlakulah pertembungan diantara orang yahudi dan orang palestin dgn hebatnya. Orang2 yahudi di palestin mendapat sumbangan 250 juta dollar. Manakala arab palestin hanya mendapat bekalan 10,000 senapang dan 4000 sukarelawan.

1948- Britain telah menjual 20 pesawat tentera untuk membina pasukan tentera Israel. Amerika juga mengirimkan pesawat2 kepada org2 yahudi.Dengan kekuatan peralatan tentera dari Britain, republic chezh, Amerika dan perancis, tentera yahudi menyerang menjajah qustul dan menghalau penduduknya. Syeikh Abdul Qadir Husaini dan pejuang2nya telah menentang sehingga telah membunuh 150 org yahudi dan beliau sendiri telah gugur syahid. Mereka telah berjaya membebaskan qustul sehari kemudian ditawan semula.Orang Yahudi telah menyerang kampong dir yaseen berhampiran dgn qustul. Lebih 250 orang yang telah terkorban dalam peristiwa yg menyayat hati. Tentera yahudi telah menembak penduduk kampung tanpa belas kasihan. Malahan ditusuk dengan pisau tajam kepada wanita yang tidak berdosa. Ada yang dibelah dgn pisau dari kepala sehingga kaki. Peristiwa ini menakutkan orang2 arab yang tinggal di tanah Israel. Daripada 800 ribu penduduk arab yang tinggal disitu, hanya tinggal 165 ribu. Selebihnya telah lari kerana ketakutan dgn kekejaman Israel.Pada 16/5 telah diumumkan Negara Israel dibawah perdana menteri pertama David ben Gurion. Tentera yahudi meneruskan penjajahan mereka dgn menghalau 200 ribu penduduk.Diantaranya mereka telah menjajah Haifa dan barat Quds.
Rujukan: Palestin at-Tarikh al-Musawwir oleh Dr Tariq Suwaidan

0 comments: